feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ALTER PALING RAHASIA BANGSA MELAYU

Label: ,

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan
Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan
keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa Paling Rahasia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal
mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban
manusia.
Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang
pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak
surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan
Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat
panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.
Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah
panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik
perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan
personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER PALING RAHASIA bangsa
misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti
tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam
keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini
muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik
berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara
tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa heran dengan
kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100
meter,dialah yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi
begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of
an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah
seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya
dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal
itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu
semasa dia memulakan harinya.
"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan
pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus
untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya
menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia
kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".
"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals
cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi
piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak
lagi tergenggam itu ke papan tanda."
Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat
mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar
akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak
dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya
berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan
oleh Cousins,
"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunastunas
pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya
bernafas dengan lebih mudah".
"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas
daripada lingkaran hidup
atritisnya.Apabila dia meninggalkan
piano,dia kelihatan benar-benar
berubah daripada orang yang mulamula
duduk bermain.Dia berdiri
dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia
berjalan tanpa ada tanda-tanda
mengheretkan kakinya.Dia serta-merta
berjalan ke meja sarapan pagi,makan
bersungguh-sungguh,dan kemudian
keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".
Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter
tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak
mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan
berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula
alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orangMelayu yang kenal dirinya,asal-usulnya
dan siapa dirinya yang sebenar. 'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah
banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria
(Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun
dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer
menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan
Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi menurut ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga
orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac)
manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam
orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan
bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-
Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim
ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai
pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu
tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun
Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai'unknown nationality'.Persoalannya,

Rahasia Terbesar Bani Jawi (Bangsa Melayu/Nusantara)

Label:

Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?
Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?
Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?
Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?
Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.
Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.
Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang
dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.

Crab Recipes

Label: ,

Crabmeat au Gratin

How About It
Adapted from a recipe taken from an Opelousas, Louisiana's local newspaper food supplement from about 10-15 years back
Recipes :
a. 1 stalk celery (chopped)
b. 1 onion (chopped)
c. 1/4 lb. margarine
d. 1/2 cup flour
e. 1 can evaporated milk (13oz)
f. 2 egg yolks (broken and stirred)
g. 1 tsp. salt
h.1/2 tsp. cayenne pepper
i. 1 lb. crabmeat
j. 1/2 cup grated cheese
make process :
1. Saute onion and celery in margarine until tender. Add flour,
2. slowly add evaporated milk. Cook until thickened. Add salt,
3. pepper, and egg yolks. Stir well. Add crabmeat, stir. Pour
4. into casserole dish, top with cheese and bake at 325 degrees
5. for 25 minutes.
6. Serves 4-6 moderately hungry adults.
Note: One pound of shrimp may also be added if desired. Saute
pealed shrimp with onions and celery until shrimp is nearly
done. (Baking later will complete cooking of the shrimp.)
All other directions remain unchanged.